CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

BUKAN CINTA BIASA




Dia.. 
Hanya wajah biasa. Mungkin sedikit kacak berbanding yang lain.. kacak? Eh… tidak. Mungkin sedikit comel barangkali. Rambutnya yang persis pelakon korea. Wajahnya yang putih. Matanya yang sedikit sepet. Tutur katanya yang tidak kasar pada pendengaran..Mungkin itu yang membuatkan ramai gadis tertarik padanya. Ya. Mungkin itu yang membuat ramai gadis memujanya. Ya.. termasuklah aku.
Huh…
Keluhan yang maha dahsyat kulampiaskan tanda seolah-olah aku sedang membuang segala beban perasaan yang sekian lama bertenggek dipundakku. Kenapalah hidup makin kompleks. Jatuh cinta pada kawan sendiri? Oh no…. tak sanggup aku bayangkan apa yang terjadi. Sedang enak melayan perasaan, lamunanku tercantas tatkala telefon berdering minta diangkat. Nada dering “heartbeat” mula kedengaran menandakan si pemanggil adalah beliau yang tersayang. Heartbeat?? Hah.. sungguh kelakar gile…
“beb..jom makan” suara garau menculik lamunan
“katne? Malas la nak jalan” aku sekadar berbasa-basi. Takkan nak terus cakap ya.. obvious sangat kot…
“tempat biaselah… cepat siap…aku lapar gila ni….” Terus mematikan perbualan.
Budak ni. Suka buat keputusan sendiri. Ceh..hakikatnya hati aku dah berbunga-bunga. Hehe. Akim. Comel je nama secomel orangnya. Punyai minat yang sama. Ya..apalagi kalau bukan menghimpun koleksi drama bersiri korea. Sungguh tak matang tapi itu yang membuatkan aku suka..  ‘akim…akim… kenapa kau comel sangat..kan dah ramai yang suka kat kau’ aku berdialog dengan hati. Segera kuusir sang khayalan kerana masa semakin bergerak pantas. Ah.. memang lapar gila.
Dari jauh sudah kulihat Akim sedang menunggu aku digerai yang biasa kami makan. Mana lagi kalau bukan dihadapan fakulti. Malas nak bergerak jauh-jauh. Tambahan pula makanan disini tidak kurang enaknya. Bolehla sekadar ingin mengenyangkan perut.
“Apasal lambat?” Akim bersuara.
“Rileks la…bagi aku duduk jap. Sorry la…aku berebut bilik iar dengan housemate aku tadi. Kau taulah budak-budak tu kalau mandi.. mak aih..dah macam mandi bunga dah aku rasa”, aku mengomel. Eh tidak. Mungkin kedengaran sedikit mengadu.
“ habis kau? Kira kau mandi koboila eh? Patutlah…” pecah tawanya. Tanpa menghabiskan ayat pun aku sudah tahu maksud yang ingin dia sampaikan.. lantak kaulah Akim. Janji kau comel sangat.. hehe… oh… inikah cinta?? Bisa menukarkan yang jelek jadi indah belaka…


“Anna, aku tengok semenjak dua menjak tiga menjak ni kau rapat je dengan Akim. Ada apa-apa ke?” soal Shiha teman sebilikku.
“Eh, mana ada. Kitorang kawan macam biasa je”
“Ye ke ni? Bukan apa. Aku tengok kau dengan Akim ni dah macam Nani dengan Akim masa awa-awal kita masuk sini dulu”,tukas Shiha tanpa kusangka-sangka.
Nani? Tiba-tiba nama itu muncul kembali. Kami pernah jadi kawan baik. Dulu memang dia yang rapat dengan Akim. Aku mengenali Akim juga melalui Nani. Tapi entah dimana silapnya, hubungan Nani dengan Akim tidak serapat dulu. Mungkinkah mereka sudah putus? Tak mungkin kerana Akim pernah memberitahu yang dia tidak pernah bercinta dengan Nani. Klimaksnya, bila aku mula rapat dengan Akim, Nani pula makin menjauh dari aku.
“Anna, kau dengar tak?”, soal Shiha lantas mengejutkan aku dari mimpi.
“ye..aku dengar. Aku kawan je. “
“Aku bukan apa. Aku taknak lah kau hilang kawan untuk kali kedua. Kau kena ingat, kawan kita, Dalila tu minat sangat kat Akim. Cuba fikir apa persaan dia kalau tengok kau dengan Akim asyik dok berkepi macam belangkas pagi petang siang malam. Kesian member beb”,ujar Shiha panjang lebar tanpa memikirkan perasaan aku.
Akuke yang salah? Takkan Nani menjauh juga disebabkan aku? Haish.. buntu… buntu. Aku tahu menjadi kawan baik kepada lelaki yang menjadi pujaan ramai dikolej ni memang member kesan yang negative pada aku. Mana taknya rata-rata pelajar perempuan membenci aku. Pasti mereka sangka aku makwe si Akim. Eh, kalau betul pon apa salahnya.. alahai.. bahagianya dunia.. tapi aku tau.. itu hanya sekadar mimipi.

Pulang dari kelas dengan penuh kepenatan. Sudahlah hari ini hari yang panjang. Test berderet-deret. Assignment melambak-lambak. Serabut kepala otak. Lagu ‘heartbeat’ berkumandang lagi. Sungguh merdu lagu ini..sudahla merdu.. penyanyinya handsome-handsome belaka. Aku tersenyum sendirian sambil membiarkan telefon menjerit-jerit minta diangkat. Butang hijau kutekan.
“weh.. apasal lambat? Aku nak jumpa ni. Hal penting”, suara Akim kedengaran agak cemas.
“ kenapa weh? Kau kat mana? Aku jumpa sekarang”
“café. Cepat datang”
Hati aku diragut resah. Kenapakah? Apa yang terjadi dengan Akim? Aku berharap agar semuanya baik-baik sahaja.
“ kenapa beb”, soalku.
“Tak ada apa. Saja nak make sure kau ok. Tadi aku panggil kau buat dek je.. ok.. dah tengok muka kau depan mata aku da k dah. Lega sikit hati aku ni. Hehe”
“ eh.. kau ni kan. Memang sengal la. Aku punyala risau dekat kau, boleh kau cakap tak de ape. Bodoh la..” tanpa sengaja aku melampiaskan amarah. Bukan. Aku tak marah tapi aku keliru dengan perhatian yang diberikan.
“beb sori beb. Aku tak sengaja buat kau macam ni”
 “beb jangan macam ni. Aku minta maaf k? aku risau tadi tengok muka kau pucat semacam je. Then bila aku panggil kau, kau macam buat tak dengar je.. please.. “,
Akim meraih tanganku. Aku terkesima. Perasaan bercampur baur. Ah.. memang macam lagu 2PM tu. ‘Can you feel my heartbeat..is beating for you’ hai hati dah mula menyanyi-nyanyi.…  cepat-cepat aku kembali kealam reality Air mata mula bergenang. Dada terasa sebak. Tanpa memandang matanya aku mahu berlari pulang ke bilik. Aku bukan marah. Jauh sekali membenci. Tapi aku malu kalau dia terlihat air mataku. Alahai hati. Kenapalah mudah sangat jatuh hati.
Belum sampai beberapa langkah, tiba-tiba aku lihat Dalila berada didepan mata dengan wajah yang sayu. Kelopak matanya digenangi air. Ah sudah. Dia Nampak ke apa yang jadi tadi? Otakku ligat membuat spekulasi.
‘Dalila’, gumamku.
Terasa seperti pesalah yang mengkhianati perasaan teman baikku,Dalila. Ah.. kenapalah emosi selalu tewas pada hati. Dalila, aku takde niat pon nak lukakan hati kau.
Aku menuju kebilik dengan langkah yang longlai. Berdebar gila saat tombol pintu mahu kubuka. Pasti berita ini sampai ke pengetahuan Shiha. Aku yakin benar. Kalau Shiha tahu, mampos aku kena sumoah seranah. Maklumlah, bukan aku tak tahu yang Shiha juga menaruh hati pada Akim tapi malangnya Akim menolak. Cukup sekadar teman biasa. Pintu kubuka seiring dengan lajunya dengupan jantung. Kulihat Shiha dan Dalila berada dibilikku. Memang benar dugaanku tatkala terpandang wajah Shiha yang menyinga.
“ Anna.. kau ni memang sanggup hilang kawan kan? Dulu Nani.. sekarang Dalila. Kenapa kau ni? Dah takde jantan lain ke kau nak sapu? Laki yang kawan kau suka jugak kau nak rebutkan? Memang takde hati perut betul la kau ni” Shiha menghamburkan segala ketidakpuasan yang menyesakkan fikiran.
Ah.. lebih dah perempuan ni. Hangin aku dibuatnya. Tapi aku malas nak bersuara. Takde faedah bertegang urat dengan perempuan gila talak macam Shiha. Aku lihat Dalila hanya diam membisu. Hanya esak tangis yang kedengaran.
“ kalau kau suka Akim, kenapa kau tak cakap pada aku? Kenapa tak bagitau aku awal-awal yang korang bercinta?’, soal Dalila dalam tangis
“a…aku.. tak bercinta dengan dia Ila. Percayalah”
“ tak bercinta pebendenye kalau dah pegang-pegang tanagn gitu’, Shiha sengaja membakar suasana. Aku debik perempuan ni kang…
“ betul Ila.. aku dengan Akim tak lebih dari kawan biasa..”, aku cuba memujuk Dalila. Namun tanganku dittepis tatkala ku cuba memegang bahunya.
“aku tak percayakan kau lagi Anna”, sebaris ayat yang diluahkan Dalila benar-benar mengguris perasaanku.
Ah, kacau. Dalila, kalaula kau pon boleh faham perasaan aku..aku lagi terseksa dari kau. Ingin saja kuluahkan rasa itu namun apakandaya, aku tak berdaya mempertahankan diri aku. Aku nekad. Biarlah hilang kawan Akim dari aku kehilangan Dalila.

“ beb..please la beb.. kalau kau anggap aku kawan baik kau dunia kahirat,.. please la…buat macam mana yang aku suruh. Aku tak sanggup tengok Dalila sedih macam tu. Dia betul-betul saying kat kauu “ aku merayu pada Akim. Tak sanggup aku melihat Dalila terbaring lesu. Sudah seminggu dia ditahan diwad. Aku mersa bersalah yang teramat kerana aku tau akulah yang menjadi punca.
Dalila terlalu baik pada aku. Sejak kecil lagi kami berkawan baik. Dari tadika hinggalah keuniversiti yang sama. Apa yang dia ada, aku turut berkongsi sama. Biarlah kali ini aku yang berkorban rasa demi sahabat tercinta.
“kau gile ke? Cinta mana boleh paksa-paksa”, protes Akim.
“ tolonglah aku kali ni Akim.. ape yang kurang dengan Dalila? Kau cakap kat aku? Cantik comel.. tak cukup ke?”
“ tak…. Tak cukup bagi aku”
“ ah… kau ni tamak la akim… kau nak yang macam nana lagi “ tukasku
“ aku nak yang macam kau!”, jawab Akim.
Aku terkesima. Ah, lelaki memang pandai berkata-kata. Manis mulut.
“Aku suka kau Anna. Aku tak boleh suka orang lain selain kau. Aku cintakan kau”
Yes.. akhirnya kata-kata keramat itu keluar jugak dari mulut kau Akim. Terasa bahagia seketika. Seperti dunia ini berhenti berputar. Yang ada Cuma aku dan dia.
Ah tapi reality memang menyakitkan. Dalila dalam bahaya. Mustahil untuk aku memadu cinta dengan Akim sedangkan dia sendiri merana?
“kalau cinta, buktikanlah. Terimalah Dalila. Dia sebahagian dari hidup aku. Kalau kau tak terima dia, maknanya kau tak terima sebahagian dari diri aku”, aku member kata putus. Ah. Cinta memang menyakitkan.

Sudah 3 tahun memori itu aku simpan. Namun kadangkala rindu terusik jua. Apa agaknya khabar mereka? Mesti sudah berumah tangga. Sejak kejadian itu, aku langsuung tidak mahu bersua muka. Apatah lagi bertegur sapa. Duniaku hanyalah kelas, bilik, dan library. Hidup aku kosong. Mujurlah aku mampu mengahabiskan pengajianku dengan jayanya. Aku takkan biarkan cinta musnahkan impian dan harapan kedua orang tuaku.
“ Cik Anna Shaliza. Petang ni u kena pergi jumpa wakil client kita, Syarikat Bina Abadi. Pukul 5 dekat tempat harii tu. “ suara garau Encik Hazim, pengurusku menculik lamunan.
“ ok bos” aku menjawab lirih. Letihnya hari ni. Terpaksa berkejar-kejar dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Sampai sahaja ditempat yang dijanjikan, aku terus ke café dimana tempat mula-mula kami mencapai kata sepakat mahu bekerjasama.  Aku melirik jam tangan. Masih lagi memakai jam pemberian Akim. Nampak sangat begitu sukar untuk aku melupakan kenangan bersamanya. Aku tersenyum sendiri. Jam sudah melewati pukul 5.15 petang. Bererti wakil syarikat Bina Abadi sudah lewat. Aku menyumpah dalam hati. Sedikit menyesal kerana terlupa bertanya pada Encik Hazim siapa yang bakal aku temui nanti. Ah… aku benci menunggu..
“ maafkan saya cik.. saya terlewat”
“ it’s ok” aku berbasa-basi walau dalam hati marak membara kemarahan.’ Shall we start?”
“ nanti dulu cik……. “
“anna” cepat-cepat ku berikan jawapan. Kukira tentulah gadis itu tidak tahu namaku.
“ oh..ye Cik Anna. Saya Yasmin. Kita kena tunggu bos saya dulu. Dia lambat sikit. Tadi ada meeting. Urgent”
Ah…sesungguhnya kau benci menunggu. Demi menjaga hati , kuturutkan saja.
“ha, itupun bos saya”, Yasmin melambai kerah bosnya.
Hmm… kacak..boleh tahan. Aku membuat penilaian.. nasib baik hensem kalau tak…memang menyirap la…
“ Bos… ni Cik Anna.. wakil dari syarikat Nazim Sdn Bhd. Cik Anna ni bos saya, Encik Asyraf Hakim.”
Ashraf Hakim? Dadaku bergetar…mungkinkah…..
“ Anna… lama tak jumpa. “,
Aku mendongak. Sah…sahih… memang dia Akim.. aduh hensemnya kau Akim. Menyesal pulak aku mengalah bagi kau dekat Dalila.. rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding aja.. eh, kena control ayu. Harus kawal perasaan.
“Akim, Lama tak jumpa…hai”
“How’s your life?”
“Great” aku rase cukuplah dengan perkataan itu sahaja dapat menggambarkan betapa gembiranya aku melalui hidup tanpa dia. Errr…gembirakah?
“ so, dah berapa orang anak?”
“ anak apa? Kucing? Banyak...shall we start?” aku malas melayan perasaan. Walaubagaimanapon dia sudah menjadi milik sahabatku.
“Anna…please jangan dera saya”
Saya? Uh…..sangat kelakar. Tapi mungkinkah usia mematangkan fikiran kita?
“ dera apanya pulak. Rasanya masalah peribadi tak patot kan kita campur dengan urusankerja”, aku sekadar member peringatan bahawa aku tidak mahu mengheret masalah lampau apatah lagi dicampur adukkan dengan kerja.
“ saya masih cintakan awak” tanpa rasa malu pada Yasmin, Akim begitu mudah melafazkan kata.
Aku lihat Yasmin terpinga namun cepat-cepat dia bangun member ruang antara kami. Sekejapan dia hilang entah kemana.
“ What’s wrong with u Akim? Aku rasa dah cukup jelas. Aku dah lupakan kau.”, kedengaran agak kasar apabila aku masih lagi memanggilnya dan membahasakan diriku dengan panggilan yang sama. Mungkin lebih baik begitu.
“ tapi kenapa Anna? Kenapa awak tak boleh terima saya sedang kita saling mencintai?”
“ kenapa? Kau kan suami orang…Suami Dalila…Suami kawan baik aku”,aku hampir menjerit padanya. Masakan dia mahu menduakan Dalila. Walau apa alasan sekalipon, aku tidak akan melukai hati Dalila untuk kedua kalinya.
Akim terkesima. Aku hairan dengan ekspressi mukanya. Dia mula senyum. Lama-lama-senyumnya terkopak jua.
“ haha… Anna…Anna… kalau  saya bukan suami Dalila awak terima saya tak?”
“merepek” jawab acuh tak acuh
“ Anna…jawab saya. Kalau saya bukan suami dalila, awak terima saya?” ulangnya lagi
“ kalau awak bukan suami Dalila, bererti awak suami entah siapa-siapakan?? Tetap juga seorang suami.. sorry, saya bukan perempuan pemusnah rumahtangga orang” jawabku. Biar dia tahu walau betapa aku mencintainya, itu bukan alasan untuk dia berkahwin dua.
Dia hanya ketawa.
“ Anna…saya masih lagi mencari ‘entah siapa-siapa’ tu untuk jadi isteri saya. Dan saya Cuma mahukan ‘entah siapa-siapa’ tu ialah awak”,
“dalila?”
“ Dalila tak pernah wujud dalam cerita cinta kita. Saya dah terangkan pada dia yang saya tak boleh cintakan dia macammana saya cintakan awak. Dan dia pon faham Cuma awak je yang takut dengan bayang-bayang sendiri. “
“betulke? Jadi sia-sialah usaha saya selama ni eh? ; ujarku. Lirih namun masih mampu didengarinya.
“itulah. Buat kerja tak guna akal… ikut nafsu…ikut emosi..kan rugi..saya rugi..awak rugi Dalila rugi.. saya tak nak buang masa lagi. Kita pun bukannya muda. Anna, saya cakap sekali je ni. Awak dengar baik-baik… sudi tak awak jadi ‘entah siapa-siapa’ dalam hidup saya?” serius nadanya.
Aku tergelak mendengar ayat ‘entah siapa-siapa’ itu.tentulah dia merujuk pada dialog aku tadi… aku senyum bahagia.
"cop...'entah siapa-siapa' tu apa maksudnya",soalku pura-pura tidak tahu
"Cik Anna Shaliza, sudi tak kiranya awak jadi suri hidup saya? " lamarnya.
“Gile kalau taknak” jawabku sudah cukup untuk menggembirakan dua hati yang mendamba bahagia sekian lama.
Hehe…betullah kata orang… lelaki dan perempuan tak pernah ditakdirkan untuk menjadi kawan baik dan takk akan pernah jadi kawan baik.. pengakhirannya, jika tidak kedua-duanya tidak jatuh cinta, pasti salah seorang akan mendambakan cinta.
Tak percaya??

See? Kitaorang dah buktikannya pon…




Sunday, January 23, 2011

aku sudah jatuh cinta...


weh...

aku sudah jatuh cinta..huhuhuhu....

rase yang sungguh aneh
membelai jiwa

rasa yang sungguh indah
menerjah sukma

rasa yang sungguh bahagia
menggoda atma

bagai berjalan diatas awan 
tak jejak bumi

bagai merentas angin
tak jejak bumi

bagai menaiki kuda unicorn
merentas alam maya..

oh...
indahnya cinta
aku mahu jatuh cinta
aku sudah jatuh cinta

realiti
jangan kau bangunkan aku dari fantasi
kerana aku mahu bermimpi lagi

yeah...kamu...
kamu yang saya cinta...



 weh....kamu tau tak kamu ni sangat comel...sangat kiut....sangat emsem.....
comel...rase nak korek bijik mate kamu...boleh wat sup bebola mata

 haish......susah2 je bagik munge kat i...hehe...malu ahhhhh
oh pakwe khayalanku...hohohohohoho



hahahahaha...........sile jangan hangin........
kuikkuikui...
hemsem gile kamu ni....

ni serba hikayat encik Nickhun nie...amik dari wikipedia jerk..tak payah susah2 nak investigate segala..haha
"Nichkhun was born in Rancho Cucamonga, California to an ethnic Thai father and a half Chinese mother. Nichkhun has one older brother Nichan, and two younger sisters, Yanin and Sherleen. At the age of two, he moved to Thailand with his family and studied at Dhepkanjana school and Tangpiroondham school. At the age of twelve, he studied at Wanganui Collegiate School in New Zealand for a year and a half and moved back to the United States to finish his schooling at Los Osos High School in Rancho Cucamonga, California. After high school, he was a coach at Rosemead High School for their badminton team. There, he was scouted by Park Jin-young, a K-pop singer and the producer of JYP Entertainment, at the Los Angeles Korean Music Festival.[2]
After passing the audition hosted by JYP Entertainment, he signed a ten-year contract with the company but later resigned for an eight-year contract, not including training, and was brought to South Korea in 2006 as a trainee, being put into a class of 24 other students. Park Jin-young informed him that he was required to learn Mandarin Chinese and Korean to also work out regularly and learn how to dance and to sing. First appeared through MNET's Hot Blood, a program that showed the intense physical training that 13 male trainees had to go through for the opportunity to debut in either 4-member ballad group 2AM or 7-member dance group 2PM under JYP Entertainment.[3]
Nichkhun participated in JYP's talent competition, Superstar Survival, where he took the role of the slave"





Tuesday, January 4, 2011

AKU DAN GADJET




marilah mulekan entri dengan salam...
assalamualaikum..

hai..name saya roy.....
ok tipu...
ini kisah aku kau dan dia...
ok tipu lagi..
ini kisah aku dan gadjet..

cerita bermula apabila sang kancil bertemu sang buaya...
ok...merepek

cerita bermula begini...
aku dan gadjet bukanlah cinta sejati...
bukan jga uda dara yang tercipta untuk bersama2 bercinta
bukan juga romeo dan juliet yang ditakdirkan berdua
bukan juga qaisy dan lalila yang berjuang demi cinta...

tapi kisah aku kisah derita...
kisah cinta yang sengsara..
kenapa?
sungguh tak adil duniye ni..
kenapa?
sungguh kejam duniye ni....



ni kisah cinta aku yang terulung...baru setahun  jagung kami bersama....dia jahanam dengan tiba2....salah aku yang tak pandai jaga atau salah barang tak pandai jaga aku??? huhu

ni kisah cinta paling hebat....baru bercinta tak sampai sebulan.....sampai blank skrinnya aku jahanamkan.......oh...inikah karma????

benda alah ni jugak tak terkecuali menjadik mangsa kekejaman tangan aku....


LALU

....


AKU TERMANGU

......

KECEWA


......


DAN BERTANYA...






..........................
...

..


ADILKAH DUNIYA???? HUHUHU

Monday, January 3, 2011

KISAH SEDIH DIHUJUNG MINGGU


KISAH SEDIH DIHUJUNG MINGGU


hari ni...
penat..
letih...
risau...
gelisah...
menyesal...
melebihi dari rase puas dan happy...

kenapa??
sebab....
terbeli perfume bodisop
terbeli baju skalet plas 2 lai
terbeli   kasut momoe
terbeli henbeg momoe
termakan keni rojes roster
ok nafsu...
sile begembira.....
minggu ni padan muka kau baiti
kau makanlah plastik2 barang2 yang kau beli tu

lupekan nasik ayam taska
nasik goreng cili api taska
milo ais taska
nasik ayam taska
telur bistik acik hujung
tumyam acik hujung
gerai buah2an 
wafer akak ujung

ok.....kurus kau minggu ni...
napsu...
sile begembira lagik...
walopun aku dah sakit hati n menyesal atas ape yang terjadik.....



p/s : aisyah...eleen...adekah kau menyesal sepertiku juga ataupun napsu berbelanje korang masih membuak2?? huhuhuhu.... sile benci2 sayang kat azira dan boifrennye kerana menjebakkan kite dalam permasalahan yg sangat derita ni...hahahahahahahahahahahahahahaha

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT HARI TERJADINYA SEORANG AKU..

woooo...ini muke separa dewasa...hahahahaha      

weh...... korang....
aku da dewase...
okey...nak jerit sekuat tenaga batin....

Yahooooooooooooooooooooooooooooooooooo














ape orang2 dewase selalu buat eh? meh aku wat ceklist semata2 nak buqtikan yang aku memang seorang yang dewasa... weh....aku da 25 hokay......meh kite cek satu2...

1. orang dewase selalu pk pasal centa..... 
reaksi aku : yes....aku memang da dewasa.....

2. orang dewasa selalu pk pasal bertunang
reaksi aku : ok....belum cukup dewase......

3. orang dewasa selalu pk tanggungjawab
reaksi aku : op kos la aku pk tangungjawab aku......pagi bangun...g kls...petang bali...makan..tido.... yes...memang aku seorang yg dewase.....

4. orang dewase pk pasal kawen
reaksi aku : ok2....aku nak pk sekarang jugak....... [tengah pk ni...jgn kaco]
 yes.....aku da pk......terbukti memang aku dewasa suda..hahaha

5. orang dewasa pk anak2
reaksi aku: ye....aku salu pk anak2 buah aku la.....kire anak jugakla kan?? konsider seketla weh...

6. orang dewase pk pasal bresfiding
reaksi aku : whoa....ok ngaku sekarang....aku tak dewasa lagi bab ni.....==>weh...jgn gelak aku...


7. orang dewase terell masak
 reaksi aku : memang arrrr...ternyata aku dewase....hahaha...ok tipu....aku tak terel masak kecuali masak air....hensap....


kan?? kan??? setelah diteliti...memang aku da dewase sungguh ni...yes...... aku suke jadi dewase ni....hahaha...


sebab ape??


1. sebab leh bercinta dengan jayanya tanpa sorok2 dari mak bapak


2. leh wat keputusan sendirik dengan bongkaknye..hahhahahaha


3. leh buli adik2 yg mude2. tanpa rase was2 dan curiga


4. leh wat mende sesuka ati walopon rase nak lempang diri sendrik je....


5. leh wat belog yang ade amaran : "ini belog orang dewase.." hahahahahahaha


6....sikit2 sudah la........


okey...




"SELAMAT HARI JADI YANG KE 25 UNTUK DIRI SENDIRIK YANG SAYA SAYANGI IATIU SAUDARI CIK NORULBAITI YANG SAYA KASIHI..."




yahoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

whoa....wajah keyahhooooan yang melampau kerana keterujaan menuju kedewasaan..hahaha