CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 9, 2012

aku bukan penulis

mahu bicara apa
andai kata tak senada
mahu tulis apa
andai pena tak bertinta

mahu tarikan apa
andai langkah pincang tak berirama
mahu canang apa
andai gendang tiada palunya

salah orang kau canang
salah sendiri kau diamkan
buruk orang kau kisahkan
buruk sendiri kau tak endahkan

lalu 
cara mana lagi dapat kau perbetulkan
andai akal sesingkat fikiran
andai nafsu kau jadikan tuan

rebah kemanusiaan kau tumbangkan
durjana syaitan yang kau agungkan

maka
cara mana lagi dapat kau hidup dalam tenang
andai hidup bertuhankan syaitan
andai mati berbekalkan keangkuhan
dosa dan pahala sudah tak nampak haluan

bila diri rebah menyembah bumi
saat jasad tak bergerak lagi
saat rohmu direntap hebat
jangan diharap belas sang malaikat

jangan kau fikir soal mati
jangan kau ingat kau bisa lari
saat itu
baru kau sedar
balasan Allah sedang menanti

tinggallah dunia yang kau agungkan
selamat datang neraka jahanam

Sunday, April 8, 2012

monolog seorang aku :p






ingin tidur tapi tak mahu lelap
ingin lelap tapi tak mahu tidur

eh..bagaimana tu??

sudahnya pejamkan mata
dan rasa nikmatnya lena..

selamat malam dunia...

HIPOKRIT KE??



well... benda macam ni memang dah selalu sangat orang dok bincang sana-sini.. pasal hipokrit.. kadang2 aku rasa aku pun tak berapa nak faham kalau orang asyik cakap pasal tak payah jadi hipokrit..better jadik diri sendiri.. eh..aku konfius... bukan apa... aku kadang-kadang terfikir..diorang yang asyik berkempen stop being hipokrit ni faham ke tidak maksud hipokrit itu apa sebenarnya...

contohlah... bab tutup2 aurat segala... aku ni bukan lah layak sangat nak cakap pasl bab agama... contohla.... orang yang pakai tudung memangla akan selalu kena hentam dengan golongan yang tak pakai tudung kan... senang cakap yang tak bertudung mesti selalu fikir "tak payah hipokritla....tunjuk baik...pakai tudung tapi mulut tu macam jahanam jugak...buat benda tak baik jugak..blah..blah...blah..baik kau tanggal je tudung....semabhyang tonggang tonggek..baik tak payah buat...blah3...."... wah.... sedap je menyembur kan...  kat mana hipokritnya tu?? dah pakai tudung tu memang dah wajib..semayang memang wajib..... tang perangai buruk tu kenala ubahkan...nak tegur pon biarlah berhikmah.... tapi mesti ke kaitkan dengan hipokrit?? eh... aku kadang2 komfius jugak... hehehe.... 

apalah salahnya cakap " kau sembahyang tak tinggal...tutup aurat... tapi lagi elok kalau kau jaga kelakuan..lagi manis"...ha...kan elok bunyi nyer... dengan2 yang bagi nasihat tu pun boleh insaf sama... ini bagi nasihat macam nak mengajak sama2 lah kita tak sembahyang dan marilah membuka aurat... eh....salah tuh... sebab itu ada term tegur berhikmah... yang menegur tak rasa riak dan yang ditegur tak rasa sakit hati..tak gitu dik non semua??hehehe




lagi satu.. selalu aku dengar kalau tak suka seseorang tu jangan la tunjuk baik kat depan tapi belakang kutuk.... hipokrit gila.... tapi takkanla nak terang2 tunjuk kita tak suka dia pulak kan???  seeloknya layan lah dia macam biasa... tujuannya supaya kita didik hati kita terima dia seadanya... kalau kita nak sangat fikir pasal taknak jadi hipokrit ni... cuba fikir apa kesan nya pada diri kita?? kita sebenranya membuka ruang untuk jadi seorang pembenci malah jadi seorang pendendam.. apalah salahnya kita berfikiran matang... walau tak suka macam mana pun kita dengan dia..cubalah layan dia sepertimana kita layan kawan2 kita yang lain... tak susah pun... 




Mudah bukan??? =)

Wednesday, April 4, 2012

Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile..

huish..... kasihan.... sudahlah sepi... bersawang pula... berdebu lagik....






isk...
isk....


isk....


pemalas punya tuan belog.......


serupa tidak payah ada belog...



pergi sana kau bersihkan kubur.....






baiklah..gambar tiada kaitan...hahaha








Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile..




Situasi 1


A : cun tak aku pakai baju ni


B: woww...cun gile(padahal kau gemuk pakai baju sendat nampak lemak siot)


Situasi 2


A: cun tak aku pakai camni


B: gile kau cun?? pakai elok sikit ahhh... badan kau camtu, takkan nak tunjuk lemak kau yang 


bergelimpangan tu kot...






nampakk tak??? nmpak tak perbezaan??? 

kata2 kat atas tu senang cerita suruh kita jangan beria sangat nak jaga hati orang konon2 kitelah makhluk paling baik sekali dalam dunia... menipu atas niat membahagiakan hidup mereka... eh.... memang sayang...tapi cara kau slah beb... biar nampak jahat lima minit dari jahat seumur hidup... maksud aku kat sini... bertrus terang walaupun pahit.. biar la kita lukakan hati dia sekarang dari die terluka selama2nya..... time tu takde makne istilah bahagianya derrrrrr.....  hahaha... tapi jangan la kasar sangat kalo nak tegur pon...agak2 la kan... hehhehe...tapi tu situasi yang biasa sangat...sehari2..... 

contoh paling best sekalilah... paling common sekali lah...katekanlah... kau kawan ngn farid kamil... then member kau minat gile kat farid kamil padahal kau tahu farid kamil tak berkenan dengan kawan kau tapi kau diam je atas alasan kau taknak lukakan perasaan kawan kau... eh.... sekali pandang memang orang akan fikir alahai baiknya kau jaga hati member... tapi dua kali pikir... kau kejam sebenarnya... sebab apa???? kau macam sedang mempermainkan member kau tu... kesianlah kawan tu dok hepi teringat kat farid kamil yang kau tau farid kamil tu tak suka pon kat member kau.... kejam tu.... apelah salahnya berterus terang... biar nampak kejam lima minit dari kau kejam seumur hidup... kejam weh.... hahaha






orang macam ni..
serious aku tak faham.....
hahahaha


ok bai...