CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 28, 2010

CINTAILAH CINTAKU (PART 3)


            Pagi nirmala. Sedang yang lain masih asyik dibuai mimpi, Hafiz sudah lama berteleku di hadapan laptop kesayangannya. Telefon bimbit  sengaja dimatikan dengan harapan tidak lagi diganggu tangis Daya yang meruntun kalbu  jantannya..
‘Ah, perempuan mudah benar patah hati’
            Dia berjalan menuju ke almari lantas membukanya. Dibelek satu persatu baju yang hendak dipakainya buat kepejabat nanti. Hari ini merupakan hari pertama dia akan bekerja disyarikat abahnya. Pakai mesti segak.penampilan harus bagus. Barulah staff abah pandang aku sebagai seorang yang berketrampilan,getus hatinya. Sepasang sut ditarik keluar. Diacunya kebadan lantas dia kembali tersenyum.
‘Hensem jugak tunang si Jamilah ni ye’
‘erk…ape kejadahnya aku ingat kat dia..’
Kau suka dia kan?”
‘gile…aku takkan jatuh cinta pada dia’
            Hafiz mula bermonolog sendirian. Hatinya cuba meyakinkan sudah wujud satu ruang kecil buat Jamlilah. Namun akalnya menolak. Tak mungkin dia mula menyukai Jamilah. Baginya hanya Daya yang bertakhta dihati.
            Teringat pada Daya,lantas dia mengambil kembali telefon bimbitnya. Berkira-kira untuk menghubungi Daya. Apalah agaknya yang sedang dilakukan gadis itu. Membayangkan Daya yang agak jelita, susuk tubuh menggoda, bicara tubuh yang agak manaj, Hafiz menelan liur. Tidak mahu dia kehilangan model ini apalagi meningglkannya. Gawat seandainya Faziq berjaya merebut hati Daya.
            Faziq bukan calang-calang manusia. Anak orang berada juga. Malah lebih hebat darinya. Punyai syarikat hasil atas usaha sendiri sedangkan dia masih perlu bertatih dalam bidang urus niaga. Itupun dibawah ketiak abah. Walaupun pada dasarnya Hafiz menang rupa, namun dari segi cara Faziq cuba mengambil hati Daya, dia agak tercabar juga. Jambangan bunga ros hampir setiap hari dihantar ke rumah Daya. Hadiah yang mahal-mahal sudah lali bagi Daya. Sedangkan dia, mengingati harijadi Daya saja dia tak mampu, apatah lagi menghadiahi Daya sesuatu yang istimewa walau Cuma dengan sekadar kata-kata.
‘Ah, tak boleh jadi ni. Masak aku kalau Haziq dapat tau aku dah bertunang dengan perempuan kampung tu. Rosak reputasi aku ni kalau dia mula pasang strategi nak pikat Daya. Ah…aku kena cepat bertindak. Punat on ditekan lantas nombor telefon Daya terus menari2 dijari.
“ Hello baby. You pergi mana ni? Lama tau I cari u. by the way, I nak kasi u present ni from Paris. I belikan something special untuk u”, kedengaran ceria suara Daya menyambut panggilan Hafiz. Hafiz tersenyum bangga.
            “Sorry la sayang. I banyak kerja. I dah start keja dengan abah tau. Kalau u nak tau, tak lama lagi abah akan serahkan semuanya pada I..hehehe”, Hafiz mula memancing minat Daya. Ah, perempuan kalau ditabur dengan kebendaan memang cepat cair.
            “Wow. U bakal CEO la ye baby.. eee…bertuahnya siapa yang dapat jadi bini u kan…I ni siapalah pada u,” suara Daya mula mengendur. Meminta simpati barangkali.
            “Sayang, u kan tau I hanya cintakan u sorang aje….hehehe…temankan I lunch k,sayang. Pukul 2 nanti I jemput u, k??
            “ala…..sorry lah baby….. I ade photoshoot la….emmm.kita gi dinner ajelah k?? I masak.. u datang rumah tau..please….” Daya mula merengek lelaki ini jarang menolak jika diajak kerumah.
            “ok sayang. See u then…gotta go. Bye”
Phone off…
            Sambil tersenyum riang Hafiz menuju ke dapur. Bau nasi goreng ummi sudah menjengah hidungnya. Lapar kian menerjah. Ummi memang pandai memasak. Masaklah apa sahaja hatta sambal belacan sekalipun, air tangan ummi memang no.1. sebab tu agaknya abahnya tidak mau menggaji tukang masak. Tugas memasak hanya diserahkan bulat2 pada ummi. Yang lain-lain Cik Nab membantu.
            “Awal kamu bangun Feez. Mimpi lena ke?”gurau ummi.
            “Apa pulak mimpi lena ummi. Tidur lenala….hehe….laparla ummi”, Hafiz kembali menyakat umminya. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan. Aroma nasik goreng sudah tak mampu lagi ditahan nafsu selera makannya.

            “Ala. Abang ni, kot ye pon mimpikan kak Jamilah tu, takkan kita balik pon tak sedar”, kedengaran satu suara memecah hening. Hafiz cepat-cepat menoleh.
“Baiti. Ey…bile adik abang ni balik? Abang tak sedar pon. Sorrylah dik. Prezent dari UK bawak tak?”, gurau Hafiz kerianagan.
            Riang hatinya satu-satu adik peremepuannya sudah kembali ke tanah air. Empat tahun merantau ke negeri orang sudah cukup untuk membuahkan rasa rindu. Harai-harinya sepi meski dia dikelilingi wanita2 yang mendambakan cintanya. Namun gelagat Baiti mampu mengisi hari2 mereka sekeluaraga dengan aksi2 nya yang lincah kerana suka menyakat. Mangsa utama mestilah Cik Nab. Maklumlah Cik Nab kuat melatah.
            “Abang…ey….orang cakap dengan dia ni.”, suara nyaring Baiti menculik lamunannya.
            “Ape die?”
            “Hisy…susah betulla kalau orang dah angau ni. Orang cakap, malam nanti kita pergi tengok wayang k?? abang belanja tau..please…bolehla….rindu gile ni nak jalan2 kat midvalley ni..”pujuk Baiti bersungguh-sungguh.
           “Malam ni?? Ala…tak bolehla..abang dah janji dengan kawan. Next time k?”, Hafiz mula teringatkan janjinya.
            “ala…jomlah…ummi pon pergi tau…jomlah…”rengek Baiti.
            “hmmmmm….untuk adik abang yg comel ni…oklah”
            Akhirnya dia terpaksa mengalah demi menunaikan permintaan satu-satunya adik yang dirindui. Daya? Ah….esok palin2 kuat pun die merajuk sikit je. Belikan hadiah mahal-mahal sikit, kompem rajuknya reda.
Senyumnya meletus jua.

Sunday, January 24, 2010

AKU WANITA BIASA

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..




Friday, January 22, 2010

CINTAILAH CINTAKU (PART 2)


Jamilah hanya mampu memandang bintang yang terlindung disebalik kegelapan malam. Malam pekat sepekat hitam jiwanya yang diselubungi mendung kedukaan. Saat dirinya sudah dijodohkan dengan Hafiz, rindu pada Fahrin kian memuncak. Hatinya disapa sendu. Jiwanya diselubungi pilu. Saat cintanya kian memekar buat jejaka yang paling dicintai itu, keputusan kedua ibu bapanya seolah-olah meranapkan seluruh impiannya bergelar suri hidup jejaka itu.




“Sampai hati Amy buat orang macam ni,” lirih suara Fahrin memecah buntu pada akhir pertemuan mereka pada petang itu. Jamilah hanya tunduk menahan sendu.



“Amy tak sayang orang ke? Hubungan kita? Kenapa Amy?”, bertubi2 soalan yang keluar dari mulut Fahrin yang semakin mendera hati wanita yang sedang sarat menanggung duka.



Tidakkah lelaki itu tahu dia hanyalah seorang wanita yang lemah. Tak mampu untuk membantah kata-kata orang tuanya.



“Entah2 Amy mmg suka kat budak lelaki tu kan?”,Fahrin lancar membuat tuduhan terhadap Jamilah lantas menimbulkan amarah.







‘Amy bukan tak sayang dia. Dia bukan tak tau Amy betul2 cintakan dia. Kenapa dia tak pernah nak faham perasaan Amy? Amy dah cakap ni keputusan abah. Tolonglah faham Amy.”;



“Amy yang tak pernah faham orang. Kenapa Amy tak cakap dengan abah pasal hubungan kita”.memang betullah Amy memang ade hubungan dengan laki tu kan? Senang2 je Amy tinggalkan orang macam ni kan? Mentang2 lah laki tu lagi kaya dari orang.”;



“”Ya Allah. Dia ni kenapa? Amy runsing tau tak. Nak fikir perasaan dia. Nak jaga hati abah. Hati mak. Habiis hati Amy ni siapa nak jaga? Siapa nak faham?” kalau macam nilah perangai dia,memang patut pon Amy tinggalkan dia. Dia tak tau nak jaga hati Amy:!!



Jamilah berlalu pergi meninggalkan Fahrin yang dihambat sepi.






************************************************************************************************************



Baju kurung warna merah jambu disarung ketubuhnya. Teringat ketika zaman kolej, Baiti sangat suka memilih baju berwarna pink itu untuknya. Cantik kata Baiti.



‘Apa khabar Baiti sekarang’



“Kak Mimi, abah panggil”;suara Nabil menculik lamunannya.



‘mesti keluraga pakcik hamid tu dah sampai’,getus hatinya.



Hari ini, Jamilah bakal ditunangkan dengan Hafiz. Lelaki yang tak pernah terlintas dalam hatinya untuk menjadi tunangan insan itu. Kenapalah bukan Fahrin yang menjadi tunanganku,hatinya berbisik.



Air mata mula bergenang di tubir matanya. Ya Allah kuatkanlah semangatku. Andai ini takdir yang harus kuterima. Aku redha.



Saat cincin bertatah berlian tersarung dijari manisnya, rasmilah dia menjadi tunang kepada Hafiz Dato’ Hamid. Tiada tawa yang menemani. Tiada gembira yang diluahkan. Yang nyata, hatinya masih pada Fahrin. Jiwanya masih terkenangkan Fahrin. Segala-galanya adalah Fahrin.



Sedang asyik membelek cincin, Jamilah didatangi seorang pemuda yang agak tampan bergaya.



“Milah…eh, Amy…saya Hafiz”;



Jamilah hanya diam tanpa menunjukkan minat untuk menegur kembali jejaka dihadapannya.



‘poyo gila mamat ni’



“ sekarang ni kita dah jadi tunang. So saya harap awak terima sajalah ye keputusan parents kita. Lagi satu saya nak ingatkan awak. Walaupun awak tunang saya, tak semestinya awak masuk campur urusan saya. Let me go on with my way. And u go on your way. “, terang Hafiz panjang lebar dalam nada riak mengundang jelek pada Jamilah.



‘Ingat aku heran dengan kau. Cakap bahasa inggeris pon tak betul. Belagak lebih’,Jamilah menggumam dalam hati.



Jamilah tersenyum geli hati lantas mengundang hairan pada Hafiz.



“Awak faham tak cakap saya ni, Jamilah?”



“Faham encik Hafiz. Tak perlu ingatkan saya. Saya pun tak berminat nak ambil tahu urusan orang yang takde kaitan dengan hidup saya. Dah habis kan? Saya nak ke dapur ni. Assalamualaikum…”



‘waalaikumussalam’ ,Hafiz terkesima.



Namun kata-kata itu bagai tersekat dikerongkong. Gulp. Boleh tahan kerek minah ni,ujarnya dalam hati.

**************************************************************************************************************************




Wednesday, January 20, 2010

CINTAILAH CINTAKU

“What?!!!”, jeritan Hafiz memecah hening. Dia melepaskan keluhan yang maha dahsyat. Terhenyak dia diatas sofa. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang telah dikhabarkan oleh abahnya.


‘Biar betul abah nak jodohkan aku dengan Milah. Gila. Mana aku nak letak Daya?. Aduh masalah ni kalau Daya tau’.

“ Fiz, kau dengar tak apa yang abah cakap ni?”, suara garau Encik Hamid memecah lamunan Hafiz.

Hancur semua harapan. Punah habis impiannya untuk menyunting Daya sebagai suri hidupnya. Dijodohkan dengan Jamilah bermaksud dia harus menurut perintah abahnya. Menolak hasrat abah bererti menghantar diri sendiri ke neraka dunia.

‘Gilalah. Macam mana nak hidup tanpa harta abah.’

Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Peluh sudah memercik didahi. Peluh jantan ke betina dia sudah tidak ambil pusing. Dalam kepalanya Cuma ada dua nama. Jamilah atau Daya.

Jamilah memang ayu. Siapa yang tak kenal anak dara Cikgu Halim. Satu Kampong Bahagia sedia maklum dengan kecantikan Jamilah. Namun itu semua tidak mampu menarik perhatian hafiz.

‘Ah,gadis kampung’

Encik Hamid mula berdehem. Hafiz tak mampu lagi mengelak. Dia sudah terjerat. Abahnya memang pintar. Meletakkan syarat yang tak mampu ditolak oleh Hafiz. Abah tau yang Hafiz tak mungkin boleh hidup tanpa wangnya. Atas kelemahan itulah senang baginya untuk memujuk anak bujangnya itu agar bersedia menikahi Jamilah.

“Ikut suka abahlah. Fiz ikut aje. Lagipon kalau Hafiz taknak, abah tetap paksa jugak kan”, tutr Hafiz dalam nada pasrah.

“Hai, lain macam je cara kau cakap tu Hafiz. Abah bukan nak paksa Hafiz. Tapi abah memang nak paksa Hafizla ni.hehe”,tawa Abah meletus jua.

‘Ah,abah ni buat lawak pulak’

Hafiz memandang ummi. Cuba untuk meminta simpati barangkali. Tapi ummi hanya tersenyum tanda setuju dengan rencana abah.

‘Ah,ummi mana pernah kata tidak pada abah’

“Tarikh langsungnya bulan depan. Abah dan ummi dah siapkan semuanya. Minggu depan kita hantar cincin tanda pada Jamilah”, ummi bersuara.

“Uish.Gila cepat ummi. Hafiz tak sedia lagi la ummi”, rayu Hafiz

“Yang gila tu kamu. Apa pulak tak sedianya. Tadi kamu cakap dah sedia. Sekarang tak sedia pulak. Kamu jangan main-main dengan abah Hafiz. Karang abah potong elaun tiap-tiap bulan karang”, Encik Hamid mula mengugut Hafiz.

“Hafiz bukan nak main-mainkan abah. Tapi bah, bagila Hafiz dengan Jamilah kenal-kenal lebih rapat lagi. Berkawan dulu. Baru bercinta. Lepas tu baru boleh kahwin bah. Ini tak. Kenal jamilah pun tak, tiba-tiba nak redah. Apa kes abah?”, Hafiz mula mengatur strategi dengan harapan majlis kahwinnya akan ditundakan.

“Apa pulak kamu tak kenal Jamilah. Dulu bukan kamu ke yang asyik kacau si Jamilah tu balik dari mengaji. Kamu baling-baling batulah. Tarik-tarik tudung si Jamilah tu lah. Kamu ingat abah tak tau? “

“itu cerita lamala abah. Berbelas tahun dah. Sekarang Hafiz dah besar”

“Kecil-kecil pandai mengorat anak dara orang. Bila dah besar suruh kahwin pon liat. Ni entah perempuan mana la yang kamu gilakan sangat- sangat tu sampai nak suruh kahwin dengan Jamilah pun susah. Dah. Tak payah nak bantah. Minggu depan bertunang. Bulan depan kahwin terus. Tutup cerita. Kes takkan dibicarakan lagi. Tutup kes”,tempelak Encik Hamid tanpa memberi peluang walau sepatah pon pada Hafiz untuk membela diri.

Tanpa pembelaan yang sewajarnya dirinya telahpun disabitkan hukuman kahwin dengan Jamilah atas sebab harus melaksanakn janji yang termeterai antara Encik Hamid dan Encik Halim.

‘Diorang yang berjanji, aku pulak yang jadi mangsa. Apsal abah tak janji je nak kahwin dengan Jamilah tu. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena’.

Jamilah. Nama yang menjadi jadam dalam jiwanya yang kacau dikala ini. Rasa marahnya membuak-buak pada gadis itu. Memang dulu dia suka pada Jamilah. Teringat dia pada sepasang mata bundar dan senyuman yang manis dihiasi lesung pipit yang ayu dikedua-dua belah pipinya. Mereka terpisah lantaran keluarganya berpindah. Tinggallah Jamilah bersama kisah cinta yang tak pernah terluah. Tapi semakin usia menginjak dewasa, Hafiz mula pandai bermain cinta. Bertukar-tukar pasangan seolah-olah menjadi perkara biasa baginya. Maklumlah, ada rupa,ada harta,pasti ramai yang mendamba cinta. Dan kini hatinya ditakluk gadis kota bernama Daya. Daya memang cantik memikat. Punya daya tarikan tersendiri.

Saat ini dia buntu memikirkan nasibnya. Dua wanita berada dalam fikirannya. Dia memang cinta mati dengan Daya. Namun, memilih daya, cinta matinya itu bererti dia memang benar-benar mati. Masakan tidak, namanya pasti bakal tersingkir dari mewarisi harta abahnya. Itu pasti tidak akan berlaku. Dia nekad. Cinta boleh dicari,tapi harta abah yang berjuta-juta pasti dia takkan lepaskan demi mendamba cinta seorang perempuan. Walaupun terpaksa meninggalkan wanita yang dicintai dan dipaksa berkahwin dengan wanita yang langsung dia tidak suka, dia juga rela dalam terpaksa. Semuanya kerana harta abah.

‘Ah, aku masih rasional untuk memilih harta dari cinta. Ah,abah memang sengaja menguji aku’.

‘Tapi aku sayang Daya’,hatinya berbisik.

‘Kau dah biasa hidup senang Fiz. Kau sanggup hidup susah kalau kau pilih Daya’akalnya mula membantah.

Hafiz semakin buntu. Malam semakin pekat sedang Hafiz makin lelah terjerat.

*****************************************************************************
“Abah nak kamu lupakan je Fahrin. Apa yang dia bagi pada kamu? Abah nak kamu terima Hafiz”,suara lantang Cikgu Halim memecah hening.


Jamilah hanya mampu menunduk ke lantai. Diam seribu kata tanpa berani bersuara. Dia lantas melempar pandangan ke arah ibunya dengan harapan ibunya mahu memujuk abah. Namun sia-sia saja kerana dia tau dari riak wajah ibunya, pasti itu rancangan mereka bersama.

‘Tapi abah, Amy tak cintakan Hafiz’,gumamnya dalam hati. Hendak diluah takut hati orang tuanya terguris. Hendak ditelan jiwanya terasa parah. Sudahnya kata-kata itu hanya mampu tersekat dikerongkong.

Hafiz. Nama yang menjadi racun dalam jiwa. Duri dalam hubungan cintanya. Tanpa kenal siapa hafiz, dia terpaksarela bernikah dengan jejaka pilihan abah dan emak. Siapa agaknya Hafiz. Bagaimana rupanya. Apa kerjanya. Ah, semua itu bermain di fikiran.

Apa agaknya alasan yang mampu diberikan pada Fahrin. 5 tahun menyemai cinta, akhirnya tak membuahkan hasil jua. Berat hatinya untuk memutuskan cinta sejati. Namun jika diturutkan hati, tercalar pula hati emak dan abah.

Kenapa abah senang-senang membuat janiji. Kenapa tak kahwinkan saja Hafiz dengan Nurul. Kenapa mesti aku? Abah bukan tak tau aku cinta mati dengan Fahrin. Kenapalah abah boleh buat janji gila ni. Encik Hamid pun satu, kenapa tak kahwinkan saja anaknya dengan perempuan lain. Kenapa mesti aku? Kenapa? Kenapa?

“ Amy, kamu dengar tak cakap baah ni?”, suara garau Cikgu Halim menculik lamunan Jamiilah.

“kalau Amy cakap taknak pun abah mesti paksa Amy jugakkan. Amy ikut je cakap abah”

“Bagus. Minggu depan rombongan meminang. Bulan depan abah nikahkan kamu”

“Bu..bulan depan abah?”, Jamilah terkesima sedangkan Cikgu Halim tersenyum mendera.

“Bulan depanla. Semuanya mak dan abah dah sediakan. Amy tinggal ikut je.Amy tak payah susah2 hati,k”,pujuk Puan Huda.

‘Ya Allah. Beratnya dugaanmu’ gumamnya sendirian.





*********************************************************************************

“Biar betul Amy!!”, Melissa hampir terjerit mendengar perkhabaran dari Jamilah.

“betullah. Takkan aku nak tipu pulak”,getus Jamilah.

“Fahrin?”

Jamilah hanya melampiaskan keluhan yang berat. Cinta pada Fahrin atau kasih yang tak terhingga pada emak dan abah.

“Aku takde pilihanla Mel. Kalau aku pilih Fahrin, aku dah buang mak abah aku”

“kau kenal Hafiz?”

Geleng

“Mak ayahnya?”

Geleng juga.

“habis?? Takkanla nak nikah dengan orang yang kau tak kenal. Tak tau asal usul. Entah dari ceruk mana kau terima je.”,leter Melissa membuatkan Jamilah rimas.

“Takdela ceruk sangat. Anak orang kaya. Parents dia kawan baik dengan mak abaha ku. Entah macam mana diorang buat plann yang tak berapa bijak ni entah. Aku pulak jadik mangsa. Tolonglah aku Mel”, ray u Jamilah dalam sendu.

“Kaya eh? Hehe…senang nanti hidup kau Milah..hehehe.. aku pun tak taulah. Kau sabar ajelah ye. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni”,pujuk Melissa sekadar mengurangkan resah dijiwa Jamilah.

Hari kian cerah sedang Jamilah semakin diamuk resah…………



*********************************************************************************