CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 5, 2010

MUNGKIN AKU JUGA TERLUPA

Salam semua.......
lama rasanya tak bercerita tentang hati.. ahakz.. Sesuatu yg abstrak. tak tau bagaimana nak disifatkan...dan juga tak pandai macam mana nak mentafsirkan. Hati mungkin bersifat rapuh,keras,ampuh...terpulang pada persepsi individu untuk mentafsirkan rupa bentuk hati itu sendiri.

Dalam hidup sehari2, kita tak pasti samada kita telah melukakan hati seseorang atau menyentuh hatinya dengan sentuhan kedamaian...kerana hati bersifat subjektif, maka rasa hadirnya tak mampu untuk kita rungkai. Hati adalah jiwa kehidupan. Jasad tanpa hati bagaikan sesuatu yang tak melengkapi fitrah kehidupan.
Hari ini...sebelum mata dilelapka...cuba renungkan...hati siapa yang telah kita robekkan. Hati siapa yang telah kita sakitkan. Kerana lidah umpama sebilah pedang yang tajam menikam secebis hati dengan kata-kata yang kita sendiri tak pasti baik buruk akibat kata yang kita libaskan. dalam gurauan, siapa tahu ada yyang menyimpan dendam dek kerana ego yang kita lontarkan.

Buat insan2 yang tak pernah tau untuk membezakan kalah dan mengalah... Segera renung diri sendiri. Kelebihan yang ALLAH beri jangan jadikan sebagai senjata untuk membidas insan yang lemah. Kerana itu semua bersifat sementara. Bila2 masa dikehendaki, pasti akan jadi milik YANG MAHA ABADI. Saat diri jatuh tersungkur, masih adakah lagi tangan yang sudii menghulur dek kerana lidah yang terlanjur? Kita tak mengerti...sedangkan ALLAH MAHA MENGETAHUI. 

Lidah itu indah andai kata2 yang terluah bisa mendamaikan jiwa yang parah. Namun andai kata-kata nista jadi pemanis bicara, maka retaklah ukhwah, jiwa tambah bernanah. Tiada yang istimewa di mata YANG PENCIPTA kerana kita dijadikan serupa. Tiada beza miskin atau kaya...jelita atau siburuk rupa, pandai atau bodoh...semuanya sama..tiada beza....hanya hati yang bersih menjadi tunjang. lidah yang dijaga menjadi hiasan jiwa...

Tapi mungkin aku juga terlupa...pada satu tahap lidahku tidak terjaga.......maafkan aku sahabat...kerana aku hanya insan biasa... yang kerap lalai dan terlupa...kepada pemilik2 hati yang telah kusakiti.....sesungguhnya mungkin aku juga terlupa.......maafkan diriku seadanya....

SAYA SAYANG SEMUA......















0 manusia terhebat:

Post a Comment