CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 27, 2010

CINTAILAH CINTAKU--PART 4--


4
Hanya tinggal kurang tiga bulan sahaja lagi dirinya bakal bergelar isteri kepada lelaki yang tersangat ego pada pandangan matanya. Mujurlah Hafiz terlalu sibuk dengan kerjanya akhir-akhir ini. Perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan lagi. Hafiz. Menyebut nama itu sahaja sudah membuatkan dirinya dihimpit resah apatah lagi membayangkan masa depan yang tak pasti lagi untuk mengharungi hidup sebagai isteri hafiz.
Seluruh hidupnya kini hancur. Dalam hatinya hanya ada nama Fahrin. Seolah-olah bayangan Fahrin ada sahaja dimana-mana dia berada. Jamilah semakin diamuk resah. Perkhabaran tentang Fahrin yang telah mendirikan rumahtangga atas jodoh aturan orang tuanya cukup membuatkan jiwanya hancur. Hatinya remuk.
‘Ah, lelaki memang pandai menyusun kata. Membuat janji. Menggoda jiwa. Menjerat hati. Pengakhirannya aku yang kecewa’ gumam Jamilah dalam hati.
Baru sahaja dua minggu dia menjadi tunangan orang. Baru sahaja dua minggu hati Fahrin dikecewakan olehnya, fahrin kini sudah sah menjadi suami orang. Semuanaya baru dua minggu. Begitu cepat Fahrin mencari ganti dan memalingkan hati.
Dia terfikirkan sesuatu. Betapa dirinya terasa dipermainkan oleh janji lelaki. Dia rasa tertipu. Rupa-rupanya keluarga Fahrin telah mengatur perjalanan jodoh anak sulung mereka. Sudah lama sebenarnya. Dia benar-benar tidak menyangka kerana dia telah diperkenalkan sebagai bakal suri hidup anak sulung mereka. Sumpah dia tidak menyangka permainan hina aturan mereka.
Mujurlah mak dan abahnya lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Jamilah akur dengan ketentuan yang ditentukan untuknya. Diam-diam dia bersyukur atas jodoh yang datang mengisi kekosongan hati sebelum dirinya patah hati. 


                                 ##################################################
“Amy.. aku nak jumpa kau. Penting”, suara Melissa kedengaran sayup dihujung talian. Ada nada sendu dalam getar suaranya.
“Kenapa ni Mel? Cakap dengan aku”, pujuk Jamilah. Bimbang sesuatu yang buruk menimpa rakan karibnya itu.
“Nanti aku bagitau kau. Aku nak jumpa kau sekarang. Please.. aku perlukan kau sangat-sangat. Aku dah tak tau nak luahkan pada siapa lagi. Bantu aku Amy”
“Ye.. Tapi kenapa ni Mel. Bagitau aku satu-satu. Just relaks, ok?”, Jamilah diasak perasaan ingin tahu yang semakin membuak-buak.
“Jangan tanya aku apa-apa sekarang. I need to see you.. Please Amy..faham aku”, nada suara Melissa sedikit kendur.
“Ok.. aku datang rumah kau sekarang ok? Kau tunggu aku. Jangan buat sesuatu yang bodoh”, pesan Jamilah walaupun dia yakin benar sahabatnya sentiasa rasional dalam apa jua keadaan sekalipun. Ah, manusia,bisa saja berbolak-balik hatinya. Mana tau silap pertimbangan, perkara yang tak diingini boleh saja terjadi. Selagi diciptakan makhluk yang bernama syaitan, selagi itu manusia harus sentiasa diberi peringatan. Bukankah tujuan mereka hidup untuk menyesatkan anak Adam?.
Kurang setengah Jamilah sudah sampai di rumah Melissa. Keadaan agak sunyi. Maklumlah, kebanyakan penghuni flat kediaman staff KTMB keluar bekerja. Berbeza sekali dengan suasana kampung halamannya di Teluk Intan. Pagi-pagi begini pasti emaknya sibuk member makan anak-anak kucing yang mereka pelihara. Abah mesti sibuk membaca surat khabar. Atau paling tidak bercucuk tanamm ditepi rumah. Semenjak pencen, itulah aktiviti harian abahnya.
Memandangkan rumahh Melissa ditingkat empat, terpaksalah Jamilah menggagahkan diri mendaki anak-anak tangga. Setelah mendaki anak-anak tangga, akhirnya sampai juga didepan pintu rumah Melissa. Melissa tersenyum hambar tatkala Jamilah berdiri didepan pintu lantas merangkul sahabatnya itu. Tangisan Melissa memecah hening.
“Eh, kenapa ni Mel? Cuba cerita dekat aku. Kau gaduh dengan Zaim ye?”, Jamilah pantas membuat spekulasi.
“Aku benci dia. Dia setan… beruk.. cipan….”, Melissa melampiaskan amarah.
“Istighfar Mel. Kenapa ni?”
“Dia dah ada pengganti aku Amy. Lebih cantik.. lebih seksi dari aku. Baru 2 bulan kerja dah cari pengganti. Siapa yang tak sakit hati? 5 tahun aku setia pada dia, akhirnya aku dikecewakan? Kenapa lelaki semua sama?? Fahrin, Zaim,.. semuanya sama.”,
Demi mendengar nama Fahrin, Jamilah digigit pilu, betapa hatinya cepat terusik bila terdengar nama itu. Usahkan mendengar, menyebutnya pun dia sudah tidak mampu. Melissa dapat mengesan riak duka pada wajah temannya itu. Sedar dia sudah terlepas kata, cepat-cepat dia meminta maaf.
“ Sorry Amy. Aku tak sengaja nak heret Fahrin dalam hal aku dan Zaim. Aku…aku tak sengaja. Maafkan aku Amy”
Jamilah hanya menguntumkan senyuman. Bukan salah Melissa. Ada kebenarannya dalam setiap tutur kata Melissa. Ya, Zaim dan Fahrin. Dua nama yang berbeza dua watak yang tak sama. Tapi punyai sejarah yang hampir serupa. Mereka telah melukakan hati perempuan. Itu fakta yang pasti. Meski pahit untuk ditelan, tapi itulah kebenaran yang tidak boleh disangkal. Mereka tetap pesalah wanita.
“it’s ok Mel. Diorang memang lelaki yang tak patut kita tangiskan. Senang menabur janji. Tapi tak mampu nak melunaskan”; tutur Jamilah dalam getar suara yang tertahan-tahan. Dia perlu kuat. Andai dia rapuh, Melissa juga turut rapuh sama.
“Aku harap Hafiz tak macam tu Mel”, dalam sedar atau tidak, Jamilah menutur kata berbaur pengharapan. Walaupun dia tahu, rumahtangga yang bakal dibina tidak ubah seperti sebuah kotak kaca. Indah dilihat dari luar. Tapi kosong didalam. Tiada pengisian. Tiada kebahagiaan.
“Kau kena yakin Amy. Biasanya jodoh aturan keluarga ni, jodoh yang terbaik buat kita”, Melissa cuba memujuk walaupun dia tahu peratusan mereka untuk bahagia amat tipis. Sementelah lagi bukan dasar suka sama suka.’Ah, cinta itu buta’, gumamnya.
“iyelah tu Mel. Eh..ni siapa yang ada masalah sebenarnye ni? Kau ke aku? Dah terbalik pulak ni”, tutur Jamilah geli hati.
“Haah ek. Patutnya aku yang menangis kat kau.. kau tenangkan aku. Ni dah terbalik pulak. Hahahaha”, Melissa menghamburkan tawa. Lucu barangkali. Masakan tidak, dia yang beria-ia menangis dibahu Jamilah, sudah bertukar posisi pula. Jamilah pula yang meluahkan rasa hati dan kegusarannya.
“Apalah nasib kita ya Mel. Gagal dalam cinta”, keluh Jamilah penuh makna. Melissa sekadar mengukir senyum tawar yang entah bila akan kembali manisnya. Semuanya gara-gara sang pengkhianat cinta.



***********************************************************************************************

5
            Jamilah terlongo tidak percaya. Baru sahaja tadi dia menerima pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Dari Hafiz.
Saya nak jumpa awak.
            Dibacanya mesej itu berkali-kali sambil mulutnya kumat kamit. Ada perasaan sebal menggamit fikirannya. Nak jumpa. Kenapa mesti menggunakan perkataan ‘nak jumpa’. Kenapa tidak ditulis begini; ‘boleh saya berjumpa dengan awak?’ Atau paling tidak begini; ‘saya nak jumpa awak, boleh?’ itu baru namanya meminta izin. Berbanding ‘saya nak jumpa awak’.seolah-olah Hafiz seperti seorang diktator sahaja. Semua keputusan terletak pada tangannya, gumam Jamilah.
‘Ceh… memang gila mamat ni. Lantak kaulah’.
            Tidak sampai sepuluh minit, telefonnya berdering. Terpapar nama Hafiz di skrin. Jamilah semakin gelabah. Ah sudah, mati akal dibuatnya. Apa yang nak dibualkan. Pertemuan kali pertama pun membuahkan benci, inikan pula mahu berbual. Akalnya masih buntu sedang telefon semakin menjerit minta dijawab. Punat ditekan.
“Hello. Jamilah?”
Diam.
            Hafiz berdehem tanda minta diberi perhatian.
“Oh….or should I call you, Amy?”, Hafiz masih mahu mencuba memprovokasi Jamilah dalam nada tawa yang sengaja dibuat-buat. Dia tahu Jamilah pasti melenting.
“Nak apa telefon malam-malam n?i”, Jamilah meninggikan suara tanda protes.
‘suka-suka hati je kutuk nama aku. Sukahatilah aku nak pakai nama Amy ke, Jamilah ke, apeke’, bentaknya dalam hati.
            Hafiz sekadar ketawa kecil.
            ‘Jamilah…Jamilah. Muka lawa.. tapi mulut kau memangla tak berinsuran’, gumam Hafiz dalam hati.
            “Eh, kalau takde nak cakap apa-apa, saya nak tidur ni. Dah malam sangat. Esok kerja. Nanti terlewat bangun pula. Maklumlah, saya ni kerja makan gaji, bukan anak bos yang goyang kaki macam awak. Suka-suka hati nak masuk ofis ke tidak”, tempelak Jamilah. Dia tersenyum puas tatkala membayangkan wajah Hafiz yang mungkin mencuka dihujung sana.
            “Awak ni kan Jamilah, kuat membebel. Macam nenek saya. Ha….nama amy tu mungkin tak sesuaila untuk awak. Sofistikated sangat. Hmmm….rasanya awak sesuai dipanggil……Milah..haaaa….Cik milah…Ooo Cik Milah….”, giliran Hafiz memulang paku buah keras.
            Niat hati ingin mengenakan Hafiz. Alih-alih dirinya sendiri pula yang terkena. ‘Kurang ajar punya cipan’.
            “Do I care, Encik Hafiz?”
            “Whoa….whoa…jangan marah Cik Milah. Nanti cepat tua. Berkedut. Dahla rupa pun tak cantik. Nanti lagilah tak cantik..hahahaha”, Hafiz masih mahu menduga hati Jamilah. Dia yakin, Jamilah pasti bengang dengan kata-katanya apatah lagi dia baru sahaja mengutuk Jamilah tidak cantik. ‘erk, dia tak cantikke? Tak kisahlah, janji aku dapat kenakan dia’, gumam Hafiz sendirian.
            “Eh, cipan. Awak nak apa ni? Kalau tak ada hal penting, jangan kacau saya la. Dahla cipan. Perangai macam tapir. Muka macam tenuk” Jamilah sudah mula terbakar dek gurauan melampau Hafiz seraya mematikan perbualan. Hatinya puas.
            ‘Baru kau tau siapa aku Hafiz. Eh, tapi cipan, tenuk dan tapir tu bukan binatang yang sama ke? Tak kisahlah janji memang kau macam binatang tu Hafiz. Nasib kaulah Hafiz’, Jamilah bermonolog sendirian.
            Lamunannya ttercantas tatkala telefon bimbit dalam genggamannya berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Segera dia membacanya. Dari Hafiz.
            ‘Tak habis lagi?’, getus Jamilah merujuk kepada gurauan melampau Hafiz yang bagaikan tidak berkesudahan.
            Cik Milah….Cik Milah… Abang Kasim panggil balik…hahahahahahahah…jumpa saya esok. Saya datang ambil awak. Jangan lari ye Cik Milah. Abang Kasim tak larat nak kejar....haha
‘Hampeh punya monyet’

            Memikirkan nama Milah dan Abang Kasim, hatinya dicuit lucu. Pasti Hafiz juga peminta setia Raja Lawak. Kalau tidak masakan dia tahu karakter Abang Kasim yang selalu dibawa oleh salah seorang  peserta Raja Lawak, Idlan yang terlalu menggilai gadis pujaan bernama Milah. Setiap minggu, pasti watak yang sama, karakter yang sama, Cuma jalan cerita sahaja yang berbeza.
‘Ah, Idlan ni pun satu. Carilah nama heroin lain. Minah ke, tipah tertipu ke, ni tak… kenapa mesti nama aku? Tak pasal-pasal monyet tu kenakan aku. Cis!!’
Dalam geram, senyumnya terkopak jua.




 **********************************************************************************************************




6
            Khabarnya kekasih Hafiz seorang Model jelita. Dalam diam Jamilah membentak. Seolah tidak mahu mengaku kalah. Petang itu, dia mengenakan dress bertali halus rona putih dan berbunga merah jambu lalu dipadankan bersama cardingan yang agak panjang juga berwarna merah jambu juga. Selendang dan anak tudung bertingkat berwarna merah jambu, hitam dan biru pelengkap gaya.
Berulang kali dia berpusing-pusing dihadapan cermin bagi memastikan tiada sebarang cela. Biar terbeliak mata Hafiz merenungnya. Bukan, bukan begitu. Biar Hafiz tahu, dia juga tidak kurang hebatnya. Itu yang dia mahu tunjukkan pada Hafiz. Biar Hafiz tahu tidak semudah itu mahu merendah-rendahkan dirinya. Jamilah mahu Hafiz tahu, walaupun dia berasal dari kampung, tidak bererti fiikirannya juga kolot.
Lima belas minit kemudian Hafiz muncul didepan pintu rumahnya. Tatkala tombol pintu ditarik, Jamilah melepaskan keluhan yang agak berat. Gugup  barangkali. Inilah kali pertama dia keluar bersama tunangnya. ‘Tunang?’, dia berjeda.
Daun pintu dikuak menampakkan susuk tubuh Hafiz. Segak bergaya walapupun hanya mengenakan kemeja T dan beseluar denim sahaja. Rambutnya disisir rapi. Hati Jamilah bergetar namun sedaya upaya cuba disembunyikan dari pandangan mata Hafiz.
“Okey Cik Milah. Are you ready?”, suara garau Hafiz memtaikan lamunan Jamilah sekaligus menerbitkan rasa jengkel.
‘Kau panggil aku Milah lagi, siap kau’ namun kata-kata itu bagai tersekat dikerongkongnya. Hanya bibirnya sahaja yang bergerak-gerak sepi tanapa suara.
Jamilah hanya mengangguk tanda dia sudah bersedia diajak kemana sahaja. Malas mahu bersuara bimbang nanti ada Hafiz dapat pula mengesan sesuatu yang tidak seharusnya terkesan dalam hati Hafiz.
Bagi mengelakkan rasa gugup, Jamilah tercari-cari kalau-kalau ada sesuatu yang mampu mengalihkan perhatian mereka. Tangannya mencapai sesuatu di balik tempat duduknya. Majalah Wanita. Hati Jamilah disapa hairan.
‘ Dia baca Mjajalah perempuan ke? Peliknya bakal laki aku ni’.
“eh, ada majalah Wanita la.. oh..orang bisnes memang suka baca majalahh perempuan ye? Tak sangka lah pulak”, Jamilah cuba memprovokasi.
Hafiz sudah mula menggelebah. Dia benar-benar lupa tentang majalah yang baru dibelinya semalam. Tumpuannya pada pemanduan kian hilang namun dia sedaya upaya cuba berlagak tenang.
Melihatkan Hafiz seolah-olah tiada reaksi, Jamilah semakin galak mengatur strategi. Dibelek-beleknya majalah itu namun terhenti tatkala terbaca satu ruanggan tentang kejayaan seorang wanita. Tiba- tiba hatinya digigit cemburu.
“Oh, patutlah. Ada gambar si model ni rupanya” tungkas Jamilah dalam nada tawa yang sengaja dibuat-buat sambil mencebik bibir tanda mengejek Hafiz.
Hafiz semakin tidak keruan lantas merebut majalah tersebut dari genggaman Jamilah. Marah dan malu bergabung jadi satu. Hatinya semakin panas mendengar kata-kata Jamilah seakan-akan mengejek.
“Hafiz!!!! Awak dah gila ke???????”, Jamilah menjerit apabila kereta mereka hampir bertembung dengan lori dek kerana kelalainnya.
Hafiz kaget. Mujur dia sempat mengelak.Hafiz terlupa dimana mereka berada. Dek kerana berebutkan majalah, nyawa mereka hampir menjadi galang gantinya.
“Kalau nak mati, awak mati seorang. Saya nak hidup lagi”, tengking Jamilah lantas keluar dari kereta.
Hafiz tergamam seribu bahasa sambil matanya menyorot kearah Jamilah yang memasuki perut teksi dan semakin hilang dari pandangan.
‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ gumamnya dalam hati.
           
 ***************************************************************************************************************


 NOTAKAKIKECIKKU::HAHAHA..NYAMBUNG LAGIK,,










0 manusia terhebat:

Post a Comment