CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 12, 2010

W.A.N.I.T.A

” Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijadikan tuan dan tidak dari kaki untuk dijadikankan hamba sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi”


wanita..perempuan..apapun definasinya tetap juga membawa  maksud yang sama. Nasib wanita ni selalunya terletak ditangan lelaki. jika dapat suami yang baik..maka baiklah nasibnya.. tetapi jika dapat lelaki yang sebaliknya..maka hancurlah hidup mereka.

KEBANYAKANNYA...

masa bercinta semuanya nampak indah.. apa sahaja kemahuan kita diturutkan waima sanggup bergolok bergadai. masa tu yang ada dalam fikiran  kita cuma rasa terharu+bangga ade insan yang menyayangi kita sehingga sedemikian rupa pengorbanannya. 
bile dah kawen..lain pulak ceritanya.. isteri pula yang sanggup bergolok bergadai membanting tulang menyara keluarga..eh...ape cerita??? susu anak...sekolah anak...makan pakai anak... semuanya tergalas pada bahu isteri..suami?? ish..ish...kerja juga..tapi duitnya kemana??

"abang ni anak laki sulung..banyak lagi yang kene abang tanggung..mak..adik2 lagi...ayang kan kerje...gomen lagi..tiap2 bulan dapat duet..apa salahnya tolong abang kan..takkan tak buleh..masa bercinta dulu..abang dah melabur tuk ayang...sekarang giliran ayanglah pulak"
==> waow..inilah yang dinamakan pelaburan jangka masa panjang..melabur seringgit...mengikis beribu..kan??

so..atas nama taat setianya seorang isteri kepada suami..maka..segala beban perbelanjaan isi rumah tergalas secara otometiknya dibahu mereka. bangun seawal pagi..hantar anak2 pergi nursery.. kerja lagi.. petang ambil anak2..kalau overtime anak2 terpaksa dimastautinkan dirumah parents mereka..sudahnya..ibu bapa yang semakin tua terbeban sama. sedangkan dimana suami?? oh...suami yang tadi bekeja untuk menyara keluarganya..hal rumahtangga?? duit gaji isteri pon dah cukup...



ada juga suami yang mengambil kesempatan atas kebaikan dan ketaatan isteri. cinta setia isteri dikhianati..lantas 'madu' diberi sebagai hadiah isteri mithali..apakah?? bukanlah menidakkan poligami..tapi.. itulah..dah namanya pon perempuan..nasib kita..bahagia kita..suamilah yang mencorakkannya...


 ada juga wanita yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dek kerana sengketa suami dengan mentua.. maklumlah..isteri adalah hakmilik mutlak seorang suami. dikanan ibubapa..dikiri suami.. mana yang perlu kita sebelahkan. sudahnya.. tinggallah ibu..tinggallah bapa..demi suami..anakanda turutkan..



itu halnya dalam rumahtangga...

bagi wanita yang kematian suami pula..kadang-kadang anak menantu seolah hilang segan silunya terhadap ibu tua ni.. maklumlah...suara lelaki tidak kedengaran ddalam rumah tersebut.. eh..jangan lah macam tu...ibu  mertua pon tetap ibu kita juga kan... perlulah ada rasa hormat.. tolong2 lah isteri jaga anak..isteri sibuk memasak...apalah salahnya ringankan tangan menjaga anak2.. takkan lah mak yang dah tua nak terbeban sama.. ada juga suami yang mengawal perbelanjaan isteri..jangan dilabur semua duit pada keluarga dan adik beradik. kerana adat sudah berumahtangga.. terlepas dari tanggungjawab yang lain.. hmm..susah jugak..penat mak ayah hantar belajar tinggi2...bila dah berjaya..orang lain pula yang merasa nikmatnya.. ibarat penat2 menanam padi..orang lain yang menuai hasilnya..bukanlah orang tua kita mengharapkann balasan..tapi selalunya begitulah yang terjadi pada anak perempuan..



maka lelaki...bertimbang rasalah kamu.. kerana

” Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kepala untuk dijadikan tuan dan tidak dari kaki untuk dijadikankan hamba sebaiknya dari sisi, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dikasihi”

tapi saya percaya..tidak semua nasib wanita semalang itu...masih ramai lagi lelaki yang baik hati..mulia budi pekerti ..menghormati kita..menyayangi kita apa adanya..









dan semoga ada satu untuk saya
=)

0 manusia terhebat:

Post a Comment