CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 9, 2012

aku bukan penulis

mahu bicara apa
andai kata tak senada
mahu tulis apa
andai pena tak bertinta

mahu tarikan apa
andai langkah pincang tak berirama
mahu canang apa
andai gendang tiada palunya

salah orang kau canang
salah sendiri kau diamkan
buruk orang kau kisahkan
buruk sendiri kau tak endahkan

lalu 
cara mana lagi dapat kau perbetulkan
andai akal sesingkat fikiran
andai nafsu kau jadikan tuan

rebah kemanusiaan kau tumbangkan
durjana syaitan yang kau agungkan

maka
cara mana lagi dapat kau hidup dalam tenang
andai hidup bertuhankan syaitan
andai mati berbekalkan keangkuhan
dosa dan pahala sudah tak nampak haluan

bila diri rebah menyembah bumi
saat jasad tak bergerak lagi
saat rohmu direntap hebat
jangan diharap belas sang malaikat

jangan kau fikir soal mati
jangan kau ingat kau bisa lari
saat itu
baru kau sedar
balasan Allah sedang menanti

tinggallah dunia yang kau agungkan
selamat datang neraka jahanam

0 manusia terhebat:

Post a Comment