CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 20, 2010

CINTAILAH CINTAKU

“What?!!!”, jeritan Hafiz memecah hening. Dia melepaskan keluhan yang maha dahsyat. Terhenyak dia diatas sofa. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang telah dikhabarkan oleh abahnya.


‘Biar betul abah nak jodohkan aku dengan Milah. Gila. Mana aku nak letak Daya?. Aduh masalah ni kalau Daya tau’.

“ Fiz, kau dengar tak apa yang abah cakap ni?”, suara garau Encik Hamid memecah lamunan Hafiz.

Hancur semua harapan. Punah habis impiannya untuk menyunting Daya sebagai suri hidupnya. Dijodohkan dengan Jamilah bermaksud dia harus menurut perintah abahnya. Menolak hasrat abah bererti menghantar diri sendiri ke neraka dunia.

‘Gilalah. Macam mana nak hidup tanpa harta abah.’

Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Peluh sudah memercik didahi. Peluh jantan ke betina dia sudah tidak ambil pusing. Dalam kepalanya Cuma ada dua nama. Jamilah atau Daya.

Jamilah memang ayu. Siapa yang tak kenal anak dara Cikgu Halim. Satu Kampong Bahagia sedia maklum dengan kecantikan Jamilah. Namun itu semua tidak mampu menarik perhatian hafiz.

‘Ah,gadis kampung’

Encik Hamid mula berdehem. Hafiz tak mampu lagi mengelak. Dia sudah terjerat. Abahnya memang pintar. Meletakkan syarat yang tak mampu ditolak oleh Hafiz. Abah tau yang Hafiz tak mungkin boleh hidup tanpa wangnya. Atas kelemahan itulah senang baginya untuk memujuk anak bujangnya itu agar bersedia menikahi Jamilah.

“Ikut suka abahlah. Fiz ikut aje. Lagipon kalau Hafiz taknak, abah tetap paksa jugak kan”, tutr Hafiz dalam nada pasrah.

“Hai, lain macam je cara kau cakap tu Hafiz. Abah bukan nak paksa Hafiz. Tapi abah memang nak paksa Hafizla ni.hehe”,tawa Abah meletus jua.

‘Ah,abah ni buat lawak pulak’

Hafiz memandang ummi. Cuba untuk meminta simpati barangkali. Tapi ummi hanya tersenyum tanda setuju dengan rencana abah.

‘Ah,ummi mana pernah kata tidak pada abah’

“Tarikh langsungnya bulan depan. Abah dan ummi dah siapkan semuanya. Minggu depan kita hantar cincin tanda pada Jamilah”, ummi bersuara.

“Uish.Gila cepat ummi. Hafiz tak sedia lagi la ummi”, rayu Hafiz

“Yang gila tu kamu. Apa pulak tak sedianya. Tadi kamu cakap dah sedia. Sekarang tak sedia pulak. Kamu jangan main-main dengan abah Hafiz. Karang abah potong elaun tiap-tiap bulan karang”, Encik Hamid mula mengugut Hafiz.

“Hafiz bukan nak main-mainkan abah. Tapi bah, bagila Hafiz dengan Jamilah kenal-kenal lebih rapat lagi. Berkawan dulu. Baru bercinta. Lepas tu baru boleh kahwin bah. Ini tak. Kenal jamilah pun tak, tiba-tiba nak redah. Apa kes abah?”, Hafiz mula mengatur strategi dengan harapan majlis kahwinnya akan ditundakan.

“Apa pulak kamu tak kenal Jamilah. Dulu bukan kamu ke yang asyik kacau si Jamilah tu balik dari mengaji. Kamu baling-baling batulah. Tarik-tarik tudung si Jamilah tu lah. Kamu ingat abah tak tau? “

“itu cerita lamala abah. Berbelas tahun dah. Sekarang Hafiz dah besar”

“Kecil-kecil pandai mengorat anak dara orang. Bila dah besar suruh kahwin pon liat. Ni entah perempuan mana la yang kamu gilakan sangat- sangat tu sampai nak suruh kahwin dengan Jamilah pun susah. Dah. Tak payah nak bantah. Minggu depan bertunang. Bulan depan kahwin terus. Tutup cerita. Kes takkan dibicarakan lagi. Tutup kes”,tempelak Encik Hamid tanpa memberi peluang walau sepatah pon pada Hafiz untuk membela diri.

Tanpa pembelaan yang sewajarnya dirinya telahpun disabitkan hukuman kahwin dengan Jamilah atas sebab harus melaksanakn janji yang termeterai antara Encik Hamid dan Encik Halim.

‘Diorang yang berjanji, aku pulak yang jadi mangsa. Apsal abah tak janji je nak kahwin dengan Jamilah tu. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena’.

Jamilah. Nama yang menjadi jadam dalam jiwanya yang kacau dikala ini. Rasa marahnya membuak-buak pada gadis itu. Memang dulu dia suka pada Jamilah. Teringat dia pada sepasang mata bundar dan senyuman yang manis dihiasi lesung pipit yang ayu dikedua-dua belah pipinya. Mereka terpisah lantaran keluarganya berpindah. Tinggallah Jamilah bersama kisah cinta yang tak pernah terluah. Tapi semakin usia menginjak dewasa, Hafiz mula pandai bermain cinta. Bertukar-tukar pasangan seolah-olah menjadi perkara biasa baginya. Maklumlah, ada rupa,ada harta,pasti ramai yang mendamba cinta. Dan kini hatinya ditakluk gadis kota bernama Daya. Daya memang cantik memikat. Punya daya tarikan tersendiri.

Saat ini dia buntu memikirkan nasibnya. Dua wanita berada dalam fikirannya. Dia memang cinta mati dengan Daya. Namun, memilih daya, cinta matinya itu bererti dia memang benar-benar mati. Masakan tidak, namanya pasti bakal tersingkir dari mewarisi harta abahnya. Itu pasti tidak akan berlaku. Dia nekad. Cinta boleh dicari,tapi harta abah yang berjuta-juta pasti dia takkan lepaskan demi mendamba cinta seorang perempuan. Walaupun terpaksa meninggalkan wanita yang dicintai dan dipaksa berkahwin dengan wanita yang langsung dia tidak suka, dia juga rela dalam terpaksa. Semuanya kerana harta abah.

‘Ah, aku masih rasional untuk memilih harta dari cinta. Ah,abah memang sengaja menguji aku’.

‘Tapi aku sayang Daya’,hatinya berbisik.

‘Kau dah biasa hidup senang Fiz. Kau sanggup hidup susah kalau kau pilih Daya’akalnya mula membantah.

Hafiz semakin buntu. Malam semakin pekat sedang Hafiz makin lelah terjerat.

*****************************************************************************
“Abah nak kamu lupakan je Fahrin. Apa yang dia bagi pada kamu? Abah nak kamu terima Hafiz”,suara lantang Cikgu Halim memecah hening.


Jamilah hanya mampu menunduk ke lantai. Diam seribu kata tanpa berani bersuara. Dia lantas melempar pandangan ke arah ibunya dengan harapan ibunya mahu memujuk abah. Namun sia-sia saja kerana dia tau dari riak wajah ibunya, pasti itu rancangan mereka bersama.

‘Tapi abah, Amy tak cintakan Hafiz’,gumamnya dalam hati. Hendak diluah takut hati orang tuanya terguris. Hendak ditelan jiwanya terasa parah. Sudahnya kata-kata itu hanya mampu tersekat dikerongkong.

Hafiz. Nama yang menjadi racun dalam jiwa. Duri dalam hubungan cintanya. Tanpa kenal siapa hafiz, dia terpaksarela bernikah dengan jejaka pilihan abah dan emak. Siapa agaknya Hafiz. Bagaimana rupanya. Apa kerjanya. Ah, semua itu bermain di fikiran.

Apa agaknya alasan yang mampu diberikan pada Fahrin. 5 tahun menyemai cinta, akhirnya tak membuahkan hasil jua. Berat hatinya untuk memutuskan cinta sejati. Namun jika diturutkan hati, tercalar pula hati emak dan abah.

Kenapa abah senang-senang membuat janiji. Kenapa tak kahwinkan saja Hafiz dengan Nurul. Kenapa mesti aku? Abah bukan tak tau aku cinta mati dengan Fahrin. Kenapalah abah boleh buat janji gila ni. Encik Hamid pun satu, kenapa tak kahwinkan saja anaknya dengan perempuan lain. Kenapa mesti aku? Kenapa? Kenapa?

“ Amy, kamu dengar tak cakap baah ni?”, suara garau Cikgu Halim menculik lamunan Jamiilah.

“kalau Amy cakap taknak pun abah mesti paksa Amy jugakkan. Amy ikut je cakap abah”

“Bagus. Minggu depan rombongan meminang. Bulan depan abah nikahkan kamu”

“Bu..bulan depan abah?”, Jamilah terkesima sedangkan Cikgu Halim tersenyum mendera.

“Bulan depanla. Semuanya mak dan abah dah sediakan. Amy tinggal ikut je.Amy tak payah susah2 hati,k”,pujuk Puan Huda.

‘Ya Allah. Beratnya dugaanmu’ gumamnya sendirian.





*********************************************************************************

“Biar betul Amy!!”, Melissa hampir terjerit mendengar perkhabaran dari Jamilah.

“betullah. Takkan aku nak tipu pulak”,getus Jamilah.

“Fahrin?”

Jamilah hanya melampiaskan keluhan yang berat. Cinta pada Fahrin atau kasih yang tak terhingga pada emak dan abah.

“Aku takde pilihanla Mel. Kalau aku pilih Fahrin, aku dah buang mak abah aku”

“kau kenal Hafiz?”

Geleng

“Mak ayahnya?”

Geleng juga.

“habis?? Takkanla nak nikah dengan orang yang kau tak kenal. Tak tau asal usul. Entah dari ceruk mana kau terima je.”,leter Melissa membuatkan Jamilah rimas.

“Takdela ceruk sangat. Anak orang kaya. Parents dia kawan baik dengan mak abaha ku. Entah macam mana diorang buat plann yang tak berapa bijak ni entah. Aku pulak jadik mangsa. Tolonglah aku Mel”, ray u Jamilah dalam sendu.

“Kaya eh? Hehe…senang nanti hidup kau Milah..hehehe.. aku pun tak taulah. Kau sabar ajelah ye. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni”,pujuk Melissa sekadar mengurangkan resah dijiwa Jamilah.

Hari kian cerah sedang Jamilah semakin diamuk resah…………



*********************************************************************************

4 manusia terhebat:

~N€dz in tH€ hOus€~ xoxo

gile wei....
dasat ko ni by....
salute dowh ngn ko...

kesinambungan bile lak

~N€dz in tH€ hOus€~ xoxo

lame ko btape n ni hasilnye...
giler r...
ley publish ni..kaye ko

Anonymous

gilerla kak baity...
paji suke gilerr...
smbung tau...
kalau buat novel bitau

~N€dz in tH€ hOus€~ xoxo

hohoho....
tetibe tselitt bdk ini...
tggu jiwe c by ni rede dlu
t kuar r novel..ley kalh nur kasih nye storyline

Post a Comment