CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 22, 2010

CINTAILAH CINTAKU (PART 2)


Jamilah hanya mampu memandang bintang yang terlindung disebalik kegelapan malam. Malam pekat sepekat hitam jiwanya yang diselubungi mendung kedukaan. Saat dirinya sudah dijodohkan dengan Hafiz, rindu pada Fahrin kian memuncak. Hatinya disapa sendu. Jiwanya diselubungi pilu. Saat cintanya kian memekar buat jejaka yang paling dicintai itu, keputusan kedua ibu bapanya seolah-olah meranapkan seluruh impiannya bergelar suri hidup jejaka itu.




“Sampai hati Amy buat orang macam ni,” lirih suara Fahrin memecah buntu pada akhir pertemuan mereka pada petang itu. Jamilah hanya tunduk menahan sendu.



“Amy tak sayang orang ke? Hubungan kita? Kenapa Amy?”, bertubi2 soalan yang keluar dari mulut Fahrin yang semakin mendera hati wanita yang sedang sarat menanggung duka.



Tidakkah lelaki itu tahu dia hanyalah seorang wanita yang lemah. Tak mampu untuk membantah kata-kata orang tuanya.



“Entah2 Amy mmg suka kat budak lelaki tu kan?”,Fahrin lancar membuat tuduhan terhadap Jamilah lantas menimbulkan amarah.







‘Amy bukan tak sayang dia. Dia bukan tak tau Amy betul2 cintakan dia. Kenapa dia tak pernah nak faham perasaan Amy? Amy dah cakap ni keputusan abah. Tolonglah faham Amy.”;



“Amy yang tak pernah faham orang. Kenapa Amy tak cakap dengan abah pasal hubungan kita”.memang betullah Amy memang ade hubungan dengan laki tu kan? Senang2 je Amy tinggalkan orang macam ni kan? Mentang2 lah laki tu lagi kaya dari orang.”;



“”Ya Allah. Dia ni kenapa? Amy runsing tau tak. Nak fikir perasaan dia. Nak jaga hati abah. Hati mak. Habiis hati Amy ni siapa nak jaga? Siapa nak faham?” kalau macam nilah perangai dia,memang patut pon Amy tinggalkan dia. Dia tak tau nak jaga hati Amy:!!



Jamilah berlalu pergi meninggalkan Fahrin yang dihambat sepi.






************************************************************************************************************



Baju kurung warna merah jambu disarung ketubuhnya. Teringat ketika zaman kolej, Baiti sangat suka memilih baju berwarna pink itu untuknya. Cantik kata Baiti.



‘Apa khabar Baiti sekarang’



“Kak Mimi, abah panggil”;suara Nabil menculik lamunannya.



‘mesti keluraga pakcik hamid tu dah sampai’,getus hatinya.



Hari ini, Jamilah bakal ditunangkan dengan Hafiz. Lelaki yang tak pernah terlintas dalam hatinya untuk menjadi tunangan insan itu. Kenapalah bukan Fahrin yang menjadi tunanganku,hatinya berbisik.



Air mata mula bergenang di tubir matanya. Ya Allah kuatkanlah semangatku. Andai ini takdir yang harus kuterima. Aku redha.



Saat cincin bertatah berlian tersarung dijari manisnya, rasmilah dia menjadi tunang kepada Hafiz Dato’ Hamid. Tiada tawa yang menemani. Tiada gembira yang diluahkan. Yang nyata, hatinya masih pada Fahrin. Jiwanya masih terkenangkan Fahrin. Segala-galanya adalah Fahrin.



Sedang asyik membelek cincin, Jamilah didatangi seorang pemuda yang agak tampan bergaya.



“Milah…eh, Amy…saya Hafiz”;



Jamilah hanya diam tanpa menunjukkan minat untuk menegur kembali jejaka dihadapannya.



‘poyo gila mamat ni’



“ sekarang ni kita dah jadi tunang. So saya harap awak terima sajalah ye keputusan parents kita. Lagi satu saya nak ingatkan awak. Walaupun awak tunang saya, tak semestinya awak masuk campur urusan saya. Let me go on with my way. And u go on your way. “, terang Hafiz panjang lebar dalam nada riak mengundang jelek pada Jamilah.



‘Ingat aku heran dengan kau. Cakap bahasa inggeris pon tak betul. Belagak lebih’,Jamilah menggumam dalam hati.



Jamilah tersenyum geli hati lantas mengundang hairan pada Hafiz.



“Awak faham tak cakap saya ni, Jamilah?”



“Faham encik Hafiz. Tak perlu ingatkan saya. Saya pun tak berminat nak ambil tahu urusan orang yang takde kaitan dengan hidup saya. Dah habis kan? Saya nak ke dapur ni. Assalamualaikum…”



‘waalaikumussalam’ ,Hafiz terkesima.



Namun kata-kata itu bagai tersekat dikerongkong. Gulp. Boleh tahan kerek minah ni,ujarnya dalam hati.

**************************************************************************************************************************




1 manusia terhebat:

~RedS!z in tH€ hOus€~ xoxo

kerek mmg kerek....
npe smbgn nyer ckit je by...adus..
bkin ak truje je...cter tgantg ni

Post a Comment